• Syaziyah Md Sharif

Netizen Kagum, Beto Kusyairy Lakukan 'Stunt' Sendiri

Ini baru betul berbakat!

Pelakon berbakat besar dan versatil, Beto Kusyairy dipuji dan mebuatkan ramai yang kagum apabila videonya membuat aksi berbahaya tanpa stuntman dalam sebuah adegan lakonan terbarunya.


Video itu dikongsi oleh pelakon Nabila Huda atau nama mesranya, Abil di Twitter dan ia memperlihatkan Beto sedang bergelut dengan api yang sangat marak ditubuhnya.

Nabila memuji keberanian dan kesungguhan Beto dalam menjayakan watak yang dipikulnya itu dan video pendek tersebut setakat ini telah mencapai lebih 26K likes dan 19K retweet!


Dalam ruangan komen, ramai yang memuji serta menzahirkan rasa kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh pelakon tersebut serta tidak sabar untuk menyaksikan karya baharu daripada Beto itu.


Power!



Sumber: Beautifulnara

11 views0 comments