• Jonathan Shiek

Netflix Umum Tarikh Siri ‘Money Heist’ Musim Terakhir Bulan September

Penantian hampir berakhir! Beribu peminat sudah lama menunggu drama bersiri ‘Money Heist’ ini kembali ke Netflix, dan akhirnya pihak Netflix mengumumkan tarikh! Siri musim ke-empat Money Heist telah dilancarkan pada April 2020, dan  diperbaharui untuk musim ke-5 pada hujung bulan Julai 2020.

Jadi bila kita boleh tonton musim ke-5 ini? Video pengumuman tarikh itu cukup dramatik, dan pada hujung treler dinyatakan bahawa ‘Volume 1 Part 5’ akan dilancarkan pada 3 September 2021 sementara ‘Volume 2’ akan menyusul pada 3 Disember.

Beberapa wajah yang tidak asing lagi akan kembali, termasuk Profesor, Tokyo, Lisbon, Rio, Denver, Stockholm, Helsinki, Arturo, serta beberapa penambahan baru  – Miguel Ángel Silvestre (Sense8) dan Patrick Criado.

Dah bersedia?


View this post on Instagram

A post shared by La Casa de Papel (@lacasadepapel)


0 views0 comments