• shafika9

Netflix Banyak Menukarkan Maksud Asal, Sari Kata Bahasa Inggeris Dalam Drama Siri ‘Squid Game’

Patutlah kadang-kadang rasa tak kena dengan watak cakap lain, terjemahan pula tulis lain

Kredit foto: Today


Drama bersiri yang kini masih lagi hit pada ketika ini iaitu ‘Squid Game’ dan merupakan antara drama yang paling popular sepanjang masa bagi perkhidmatan penstriman bayaran iaitu Netflix. Malah, drama ‘Squid Game’ bukanlah menggunakan bahasa Inggeris tetapi menggunakan bahasa Korea boleh menjadi popular di seluruh dunia.


Terdapat seorang wanita ini, memuat naik satu video di ruangan TikTok miliknya iaitu @youngmimayer mengatakan Netflix banyak mengubah sari kata bahasa Inggeris dari maksud asal yang sebenar dalam drama siri ‘Squid Game’. Dia juga berkata, “ia mengubah dailog yang disampaikan oleh watak tersebut sehingga sebilangan jalan cerita dan perkembangan watak itu mungkin lari dari maksud sebenar”.

Setelah menonton pada sari kata bahasa Inggeris di Netflix, penonton mula tersedar terdapat banyak perubahan pada maksud asal dailog dari sesetengah watak ‘Squid Game’ telah banyak diubah. Youngmi Mayer yang merupakan penutur bahasa Korea yang kini tinggal di New York mula mendedahkan beberapa sari kata dalam bahasa Inggeris ‘begitu teruk’ sehingga makna asalnya terus hilang sepenuhnya.


“Terjemahan bahasa Inggeris terlalu teruk sekali. Dailog yang ditulis sangat baik tapi sayangnya ia tidak dijaga dengan baik,” kata Youngmi dalam video TikTok miliknya. Pada korang yang tidak mengetahui apakah drama ‘Squid Game’ ini, ia bertemakan seram-aksi yang mengisahkan sebuah permainan tradisional Korea Selatan yang disertai individu mempunyai masalah hutang dan gangguan emosi.


Mereka menyertai permainan kanak-kanak tersebut tanpa menyedari ia adalah sebuah permainan yang meragut nyawa demi mengejarkan wang tunai yang lumayan berjumlah 45.6 bilion won (RM 161 juta).


Sumber artikel asal dari Language Insight


0 views0 comments