• Syaziyah Md Sharif

Nenek Berusia 73 Tahun 'Ride' Dari Kuala Lumpur Ke Senawang

Seorang diri pula tu!


Buat 'kaki ride' di luar sana, jarak dari Kuala Lumpur ke Senawang, Negeri Sembilan mungkin agak biasa tetapi untuk seseorang yang berusia 73 tahun pastinya ia sesuatu yang luar dari kebiasaan.


Usia bukan penghalang bagi seorang nenek yang nekad membawa motosikalnya dari Ampang untuk bertemu cucunya yang tinggal di Senawang, Negeri Sembilan.



Perkongsian seorang pengguna TikTok @/nurul_ain_jariah menceritakan gelagat neneknya itu sememangnya membuahkan rasa teruja dan kagum oleh netizen.


Menurut video tersebut, Ain Jariah memberitahu neneknya itu bercadang untuk balik kampungnya di Melaka pula selepas ini.


Dalam video lain, dia juga memberitahu yang perkara itu bukanlah sesuatu yang baru buat mereka kerana neneknya itu baru sahaja membeli motosikal baru minggu lepas.


Katanya lagi, neneknya sudah pun berusia 74 tahun namun masih kuat dan bersemangat lagi menunggang motosikal dengan jarak yang agak jauh.


Warga emas itu sememangnya suka membawa motosikal dengan alasan mudah untuk berjalan-jalan.


Fuh, bukan biasa-biasa!



Sumber: TikTok


7 views0 comments