• Jonathan Shiek

Nenek 119 Tahun Dari Turki Kini Menjadi Manusia Paling Tua Di Dunia

Baru-baru ini, seorang nenek yang baru menyambut ulang tahun yang ke-119 tahun dan menjadikan antara manusia paling tua di dunia ini. Seker Arslam didakwa oleh media di negara tersebut telah berumur lebih daripada 119 tahun kerana angka 120 di atas kek sambutan ulang tahun kelahirannya di sebuah rumah di Amasya, utara Turki.

Bagaimanapun, kad pengenalan menunjukkan tarikh lahirnya ialah pada 27 Jun 1902 menyebabkan umurnya pada Ahad lalu ialah 119 tahun. Seker berjaya mengatasi umur seorang lelaki Jepun, Kane Tanaka yang berusia 118 tahun. 

Tanaka pernah memegang rekod sebagai manusia paling tua di dunia masih hidup dan beliau dilahirkan pada 2 Januari 1903. Beberapa pegawai tempatan Turki berharap penganjuran majlis ulang tahun kelahirannya itu akan membolehkannya diiktiraf sebagai manusia paling tua di dunia.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments