• Syaziyah Md Sharif

Nelayan Bertuah Terjumpa 'Muntah Paus' Berharga RM 5 Juta

Ambergris yang dijumpai itu mempunyai berat 30 KG

Kredit Foto: The National News

Seorang nelayan di Thailand bakal bergelar jutawan segera apabila menemui 'muntah' ikan paus yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.2 juta (RM5 juta).


Narong Phetcharaj pergi ke pantai ketika melihat objek aneh di pantai Niyom di wilayah Surat Thani, selatan Thailand dan menerusi portal The National News, apa yang dijumpainya itu merupakan 'ambergris'.


Objek itu dipercayai dimuntahkan sejenis paus yang dikenali sebagai paus sperma dan dijangka dapat dijual dengan harga hingga AS$40,000 (RM167,000) sekilogram dan Phetcharaj menemukan ambergris seberat 30 kilogram maka ia dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.2 juta (RM 5 juta).


Kumpulan nelayan itu kemudian membawa 'muntah' itu kepada pakar di Universiti Prince of Songkla yang mengesahkannya sebagai ambergris.


Untuk pengetahuan, batu itu dihasilkan oleh ikan paus selepas memakan sejumlah besar sefalopod seperti sotong dan ia terhasil disebabkan tidak dicerna sepenuhnya.


Seterusnya, bahagian itu bergerak ke usus ikan paus, perlahan-lahan menjadi jisim padat dalam perut mamalia besar itu selama bertahun-tahun dan ikan paus itu kemudian memuntahkannya sebelum ia terapung di permukaan laut.


Baunya ketika basah sangat busuk tetapi selepas mengering ia mengeluarkan aroma manis dan tahan lama, menjadikannya ramuan paling dicari dalam industri minyak wangi.


Objek itu disebut harta karun laut dan diibaratkan seperti 'emas terapung.



Sumber: The National News

12 views0 comments