• Jonathan Shiek

Neelofa Post IG Story Sneak Peek Baju Kahwin, Mohon Doa Permudahkan ‘Urusan’

PETALING JAYA – Selebriti dan usahawan terkenal Neelofa Mohd Noor sekali lagi menarik perhatian ramai selepas memuat naik tiga bacaan doa memohon agar Tuhan mempermudahkan urusan hidupnya.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya malam semalam, Neelofa seperti memberi bayangan akan melalui satu langkah besar dalam hidupnya.

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

“Wahai Rabb yang Maha Hidup, wahai Rabb yang Maha Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku,” tulis bekas pengacara MeleTOP itu.

Paling menarik perhatian, dia turut menulis agar pengikut Instagramnya membacakan doa tersebut untuk dirinya.

“Dengan rahmat-Mu, aku meminta pertolongan mu ya Allah SWT. Doakan saya dalam doa-doa,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada doa tersebut mempunyai kaitan dengan majlis perkahwinannya yang didakwa bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

Selain itu, foto-foto kolaj di belakang doa tersebut turut memaparkan seorang wanita sedang melakukan fitting pakaian pengantin di sebuah butik.


View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)


Foto kolaj di belakang doa tersebut seperti mengesahkan hari bahagianya bakal menjengah tidak lama lagi.


0 views0 comments