• Jonathan Shiek

Natasha Hudson Dikecam Teruk Kerana Berpakaian Nampak Bahu, Betis

Pelakon, Natasha Hudson menggayakan pakaian yang seolah-olah menampakkan bahagian bahunya (off shoulder) dalam sebuah acara.

Beliau kemudian mengatakan pakaian itu berlapik kain yang berwarna kulit.

Netizen pula meninggalkan komen-komen yang mengecam pakaian selebriti itu, walaubagaimanapun, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 38, berkata netizen perlu bersikap matang dalam memberikan pendapat dalam media sosial.

“Saya harus katakan, orang tidak akan pernah berhenti bercakap tentang kita terutama kita yang berkerja dalam bidang seni.

“Saya hanya mengikut apa yang penganjur cadangkan pakai namun saya tidak tergamak untuk pakai baju yang terdedah menampakkan bahu. Bahagian yang terdedah itu berlapik kain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Natasha ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan, Crystal C White yang menyaksikan dirinya dan Keith Foo sebagai wajah dan ikon produk tersebut.

Beliau juga mengakui batas-batas sebagai seorang muslimah dan merasakan kritikan itu tidak akan memberi kesan kepadanya.

#natashahudson

0 views0 comments