• Syaziyah Md Sharif

Nasi Ayam Claypot, Ais Kacang Rangkul Kejuaraan Di MasterChef UK

Menu tersebut dihasilkan oleh chef kelahiran Malaysia, Ping Coombes

Kredit Foto: MasterChef UK

MasterChef merupakan sebuah rancangan realiti masakan yang terkenal di beberapa buah negara termasuklah di Malaysia. Sempena tahun baru, Masterchef United Kingdom (UK) telah mengadakan episod Champion of the Champions, dimana episod tersebut memanggil semula pemenang siri-siri sebelumnya untuk merebeut gelaran juara antara juara.


Apa yang menarik perhatian ialah peserta yang bernama Ping Coombes, dia merupakan chef yang berasal dari Malaysia dan telah memenangi Masterchef UK pada tahun 2014 dengan hidangan nasi lemak dan sup wonton.


Untuk episod kali ini, Ping sekali lagi menjadi juara dan membawa pulang gelaran 'Champion of the Champions' dengan menambat hati para juri dengan menu nasi ayam claypot dan ais kacang olahannya.



"Itu adalah hidangan yang sangat cantik dalam setiap cara." kata salah seorang juri rancangan tersebut.


Sebagai info Ping dilahirkan di Ipoh,Perak dan menetap di Bath,UK. Dia juga mempunyai sebuah restoran di sana bernama Ping's Makan Club dan Ping juga mengajar memasak serta mempunyai buku masakan berjudul Malaysia.


Pertandingan itu memaparkan peserta bekas juara Tim Anderson, Saliha Mahmood Ahmed, Kenny Tutt dan Irini Tzortzoglou.





Sumber: Malaysia Trend




16 views0 comments