• Syaziyah Md Sharif

NASA Menemui Planet Baru Bersaiz Musytari, 120 Kali Ganda Lebih Besar Daripada Bumi

Penemuan itu dilaporkan menerusi Jurnal Astronomi

Gambar: NASA/JPL-Caltech/R. Hurt

Planet itu dinamakan TOI-2180 b setelah ditemui oleh seorang saintis negara (Citizen Scientist), Tom Jacobs menggunakan data yang dikumpul oleh Satelit Transiting Exoplanet Survey (TESS) milik NASA.


Gergasi gas itu mengorbit bintangnya hanya dalam tempoh 261 hari berbanding Musytari yang mengambil sekitar 12 tahun mengikut masa Bumi untuk mengelilingi Matahari.


Menerusi laporan Mirror UK, Jacobs membuat penemuan itu ketika menjalankan inisiatif Pemburu Planet dengan melihat data yang dikumpul, beliau melihat sesuatu yang asing pada Februari 2020 sebelum disahkan oleh dua saintis lain.


“Menemui dan mendokumentasikan penemuan planet TOI-2180 b menunjukkan bahawa kumpulan ahli professional dan saintis negara boleh bekerjasama dengan jayanya.


“Ia adalah sinergi yang baik,’’ jelas beliau.


Para saintis mengatakan bahawa planet itu berkedudukan sekitar 379 tahun cahaya dari Bumi dan mempunyai kira-kira 105 unsur Bumi yang lebih berat daripada hidrogen dan helium.




Sumber: Mirror UK



14 views0 comments