• Jonathan Shiek

Namewee Sekali Lagi! Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu Pertuduhan Memalsukan Dokumen Bagi Filem ‘BA

Pengarah Malaysia, Namewee atau dikenali Wee Meng Chee yang seperti korang mungkin dah sedia maklum, berkenaan filem ‘BABI’ yang dikatakan menghina perkauman dan ketenteraman kaum di Malaysia atas sebab filem tersebut menyentuh sensitiviti perkauman.

Laporan polis dibuat ke atas namawee berkenaan judul babi. Mohon pihak polis,skmm dan finas mengambil tindakan terhadap pengkhianat industri ini! pic.twitter.com/gdn1DAdLqp — Persatuan Seniman Malaysia (@SenimanMalaysia) December 11, 2020

Pada 11 Disember 2020 yang lalu, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis terhadap pengarah filem Namewee atas dakwaan memalsukan dokumen permit Sijil Perakuan Penggambaran (SPP). Setiausaha Agung SENIMAN, Hafiz Nafiah berkata dakwaan tersebut disebabkan filem ‘BABI’ berunsurkan perkauman.

Katanya “pertama kesalahan yang dilakukan adalah pemalsuan dokumen oleh syarikat yang menerbitkan filem ‘BABI’, ketika Namewee membuat permohonan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dia menggunakan ‘Sekolah’ sebagai judul filem, kemudian menukarkannya kepada tajuk ‘BABI’”. 

Tambahnya lagi, “sekiranya dia menukar judul, haruslah membuat permohonan semula dan diminta pihak berkuasa untuk menyiasat Namewee atas tingkah lakunya menerbitkan filem berunsur perkauman”.

Untuk menjelaskan isu tersebut, baru-baru ini Namewee telah mengeluarkan video terbaru di YouTube miliknya dan tampil beri penjelasan terhadap isu pemalsuan dokumen filem ‘BABI’ tersebut. Korang boleh check di bawah, untuk memahami penjelasan filem ‘BABI’ dengan lebih lanjut:




Menurut dari penjelasan Namewee “apabila sebuah filem dihasilkan dan dijual kepada pengedar filem, mereka mempunyai hak mutlak untuk menukar nama filem, mengubah reka bentuk poster atau mengubah dan menyunting filem itu semula”. Tambahannya lagi, “Ini adalah kuasa dan hak pengedar filem walaupun filem diseluruh dunia pun sama mahupun di Malaysia sendiri”.

Katanya lagi “perkara ini biasa saja, ia tak dipanggilkan memalsukan dokumen tetapi mereka (pihak SENIMAN) hanya menggunakan ini sebagai taktik pemasaran.” Jelasnya lagi, ‘pengedar filem ‘BABI’ dari sebuah syarikat di Taiwan bukan dari Malaysia, jadi kami tak perlu membuat permohonan semula pada FINAS kerana filem berkenaan tak akan dikeluarkan di Malaysia”.

Pada korang yang mungkin menantikan filem ini, mungkin susah sedikit untuk menonton kerana filem ini tak akan dikeluarkan di Malaysia langsung. Walaupun filem ini tercalon dalam banyak kategori perfileman antarabangsa seperti Open Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), International Thai Film Festival 2020, Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song) dan Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film).

Bagaimana pendapat korang terhadap filem ‘BABI’ ini? Adakah terlalu banyak menyentuh sensitiviti perkauman pada korang? Share kan pandangan korang diruangan komen dibawah ini.

#Namewee

0 views0 comments