• Jonathan Shiek

Namewee Panggil Kerajaan Malaysia #Pu**makLan*iao Di Facebook

Semenjak kes harian di Malaysia hampir 7000 sehari, semua orang keletihan dan kecewa, mencabar mental. Rakyat biasa mahupun selebriti terkesan. Cuba tanya Namewee 黃明志.

Rapper itu telah ke laman Facebooknya untuk mengingatkan rakyat Taiwan supaya belajar dari kesilapan Malaysia.

Sejak kebelakangan ini Taiwan telah melihat sejumlah besar jangkitan di kalangan masyarakat. Tentu, Malaysia lebih teruk dan kini berada di tahap kritikal, banyak perniagaan terpaksa ditutup dan terkesan juga kepada yang bekerja di industri muzik yang tidak dapat membuat persembahan secara langsung.

Artis ini juga menyatakan betapa mengecewakannya apabila melihat Malaysia memecahkan rekod pandemik Covid-19. Namewee juga merasa tidak berdaya dengan keadaan yang suram dan marah kepada pemerintah.

Dia mengakhiri catatan Facebooknya dengan hashtag #KerajaanGagal dan #PukimakLanciao.

0 views0 comments