• shafika9

Namewee Memberi Penjelasan Terhadap Isu Poster Filem “BABI”

Updated: Sep 24, 2021

Sebelum ini tular di media sosial selepas Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau dikenali nama penyanyi Namewee, berkenaan isu poster filem tersebut menyentuh sensitiviti perkauman.


Sumber: Malaysiakini

Pada November lalu, Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan, Mohammad Azwan Azmi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Turut serta bersama lapan wakil pemuda PN Wilayah Persekutuan.

Menurut sumber dari Malaysia Kini, Mohammad Azwan berkata, laporan polis dibuat kerana poster filem terbabit mempunyai perkataan yang berunsurkan sensitiviti antara kaum seperti ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’. “Laporan tersebut secara jelas dan nyata adalah satu penghinaan dan berunsurkasi provokasi terhadap orang Melayu,” katanya.

Tonton video Namewee untuk memahami penjelasan filem ‘BABI’ dengan lebih lanjut di bawah ini.




Susulan dengan kejadian tersebut, baru-baru ini Namewee menjelaskan isu poster berkenaan di ruang laman Youtube nya. Menurut Namawee, dia dituduh disebabkan menghina orang Melayu dan didakwa bersikap perkauman. 

Disebabkan itu, Namewee memberikan penjelasan kenyataan tersebut, katanya “jika saya bersikap racist semestinya saya tak akan mengambil pelakon Melayu dan lain-lain kaum juga meletakkan sari kata bahasa Melayu dalam filem saya” ujarnya.

Tambahan lagi, filem ini tak akan ditayangkan diperfileman Malaysia tapi akan ditayangkan beberapa pawagam di Taiwan sahaja. Filem ini tercalon dalam empat festival di filem antarabangsa, iaitu Open Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), International Thai Film Festival 2020, Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song) dan Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film).

Ini trailer bagi filem “BABI” korang boleh check di bawah ini ya.




Jadi bagaimana pendapat korang terhadap Filem terbaru dari pengarah Namewee? adakah ia terlalu sensitif sehingga kita sebagai rakyat Malaysia tak boleh menonton filem ini? Share kan pandangan korang dibawah berkenaan filem “BABI” ini.

#BABI #filem #Kontroversilagi #Namewee

0 views0 comments