• Syaziyah Md Sharif

Nak Tahu? Ini 10 Ciri Lelaki Idaman Hana

Updated: Sep 20, 2021

Tubuh sasa? Muka kacak? Gaya seperti bintang Korea? Atau poket tebal? Korang pilih, tapi berikut adalah ciri ciri idaman kaum wanita in general dan bukan pada paras rupa je

  1. Bercita cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan bukan hidup dalam angan angan and perlu ditolong.

  2. Yang tak malu untuk berkata; “ Salah saya, saya minta maaf.”

  3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba untuk merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata “ TIDAK “

  4. Yang meletakkan semua pada tuhan dan redha dengan apa yang terjadi dan berfikiran baik selalu.

  5. Yang dapat membuat sesuatu bagi melaksanakan impian dan cita-cita bagi membalas jasa ibu bapanya.

  6. Yang sentiasa senyum, merendah diri dan menghormati orang tua.

  7. Yang melihat kesilapan diri sendiri dan memperbaikinya dari menyalahkan orang lain.

  8. Yang sentiasa mencurah wang, tenaga, masa dan kebolehannya tanpa memikirkan balasan.

  9. Sentiasa cuba berusaha menjadi contoh yang terbaik setiap hari.

  10. Yang membawa keluarga, isteri dan anak-anak ke rumah ibadah.

1 view0 comments