• Jonathan Shiek

“Nak Ke Melaka Beli Cincau…” Wartawan Berani Tanya Soalan ‘Direct’ Dal

Semalam kecoh apabila Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang melibatkan larangan merentas negeri dari 6 Mei hingga 17 Mei, yang juga terjatuh pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Malahan, yang juga menimbulkan kekecohan dalam sidang media itu adalah apabila terdapat enam daerah di Selangor yang diletakkan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang meliputi larangan merentas daerah.

Dalam pada itu, tular di media sosial apabila seorang wartawan yang berani menanyakan isu rentas negeri oleh orang ternama seperti selebriti dan juga orang ternama.

Wartawan yang sound direct Mail Sabri "Kita tak mahu lagi rentas negeri oleh orang kenamaan dengan alasan tak munasabah seperti ke Melaka membeli cincau contohnya" BROTHER WE SALUTE YOU!!! pic.twitter.com/dOzd3x98hh — neddo khan (@neddokhan) May 4, 2021

Tweet yang mencapai lebih 12K retweets itu menunjukkan aksi ‘berani mati’ seorang wartawan yang menanyakan isu sensitif yang menjadi bualan hangat di laman media sosial.

pic.twitter.com/w7Hf88tIW2 — ftn (@ftnbihah) May 4, 2021

Hashtag #BraderCincau trending di Twitter oleh kerana sebuah pantun yang pernah viral pada PKP 1.0 dahulu.

“Pergi ke kedai membeli cincau, ….” Okay korang tahu kot sambungan dia

0 views0 comments