• Syaziyah Md Sharif

Naik Kuda Untuk Beli Makanan Secara Pandu Lalu

Tergamam semua yang pergi McDonald's hari itu!

Semalam, viral sebuah tweet yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @/Twt_cyberjaya dimana terdapat sekumpulan penunggang kuda membeli makanan di McDonald's secara pandu lalu dengan menaiki kuda!


Perkara tersebut dikatakan berlaku di McDonald's di Cyberjaya yang juga dikatakan baru sahaja dibuka.


Tweet tersebut pastinya menarik perhatian netizen kerana ianya sesuatu yang amat jarang berlaku

Terdapat pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen, ada yang merasakan perkara itu sesuatu yang 'cool' tetapi ada juga yang berkata membawa kuda berjalan di jalan tar boleh menyebabkan kesakitan kepada kuda-kuda tersebut.


Malah, ada juga yang mempertikaikan mengapa mereka semua tidak memakai pelitup muka (tajam betul mata netizen!)

Apa pendapat korang pula?

0 views0 comments