• Jonathan Shiek

Nahas Pesawat Sriwijaya Air SJ 182 Sudah Menjumpai Kotak Hitam

Hari kedua pencarian pesawat Sriwajaya Air SJ 182 yang telah hilang dari radar Sabtu lalu (9/1/2020) penerbangan dari Jakarta ke Pontianak, Indonesia dan telah terhempas di kawasan perairan Kepulauan Seribu selepas hanya empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.

Pesawat jenis Boeing 737-500 itu dilapor, membawa 62 penumpang termasuk enam kru kapal terbang yang terdiri daripada 40 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi. Pesawat tersebut berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan kontak terakhir pada 2.40 petang waktu Indonesia Timur. 

Kementerian Perhubungan, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), polis Indonesia (Polri), Tentera Indonesia (TNI) dan beberapa agensi lain turut mencari bangkai pesawat di perairan tersebut. 

Sumber: merdeka.com

Kini, operasi mencari kotak hitam atau black box telah pun ditemui sebagai barang bukti dari serpihan pesawat Sriwijaya. Informasi lokasi kotak hitam ditemukan oleh Panglima TNI Hadi Tjahjanto. 

Katanya, “kotak hitam yang dijumpai itu dipercayai milik pesawat Sriwajaya Air SJ 182 yang selama ini kita cari”. Hal ini dibuktikan dengan isyarat yang dikeluarkan dari kotak hitam dan terus dipantau oleh pasukan. 

Kotak hitam dijumpai kedalaman laut 17-20 meter dalam. Menurutnya lagi, kotak hitam itu dikesan dengan peranti yang dapat mengesan dan membaca frekuensi peranti tersebut.

Sumber artikel asal dari Kompas.com

0 views0 comments