• Jonathan Shiek

Naftali Bennett Kini Menjadi PM Baharu Israel

Pemimpin Parti Yamina, Naftali Bennett telah dilaporkan bakal menggantikan Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel baharu pada Ahad lalu. Selepas 12 tahun Netanyahu menjadi pemimpin Israel. 

Menurut dalam perjanjian yang dipersetujui antara lapan parti politik, mereka bersetuju untuk membentuk kerajaan perikatan bertujuan untuk menggulingkan Netanyahu sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Israel.

Di dalam pelan kerajaan perikatan tersebut, Benett akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sahaja dan bakal digantikan dengan pemimpin parti Yesh Atid, Yair Lapid pada tahun 2023.

Netanyahu  yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sejak tahun 2009 dan gagal dalam percubaannya untuk membentuk kerajaan perikatan. Beliau turut dikaitkan beberapa kes rasuah yang menuduhnya membeli liputan media ketika zaman pemerintahnya.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

1 view0 comments