• Jonathan Shiek

Nadia Brian Tolak Tawaran Watak Utama Di Hollywood Kerana Adegan Lucah

Pelakon tempatan, Nadia Brian telah menolak tawaran watak utama dalam siri Hollywood 12 episod yang memerlukannya untuk melakonkan adegan lucah.

Pelakon itu mengatakan kegembiraan pada awalnya berubah menjadi kecewa ketika dia meneliti skrip, dan mengetahui bahawa ia memerlukan wataknya untuk melakukan beberapa adegan yang berbaur lucah.

“Mereka juga memerlukan saya melakonkan adegan ciuman. Mungkin bertelanjang bukan masalah besar di Hollywood tetapi saya tidak bersedia melakukannya.

“Saya mungkin berpakaian seksi, tetapi saya tidak akan sanggup melakukan adegan sebegitu dalam laman istreaming’ di Hollywood,” kata pelakon itu.

Nadia berkata, watak seperti itu akan merosakkan reputasinya dan juga nama baik keluarganya.

“Saya harus mengakui, semua pelakon mempunyai impian untuk berlakon untuk Hollywood.

“Tetapi kita orang Melayu dan Islam, budaya kita tidak sama dengan Hollywood,” tambahnya.

Sekiranya dia menerima peranan itu, penggambaran akan bermula bulan ini dan berlangsung selama enam bulan di Ireland.

“Tapi tidak apa-apa, itu bukan rezeki saya,” kata Nadia.

Sumber: The Star 

#hollywood #nadiabrian

0 views0 comments