• Jonathan Shiek

Nadia Brian Akhirnya Bercerai Selepas Lama Tergantung Tanpa Tali


Kontroversi rumahtangga pelakon Nadia Brian dan suami, Muizz Nasruddin akhirnya selesai apabila mereka sah bercerai talak satu kelmarin. Memetik laporan Utusan Malaysia, penceraian dilafazkan di luar mahkamah sebagaimana yang diminta bekas suami.

Kata pelakon ini, dia akan memberi fokus kepada kerjaya seni dan keluarga terutama ibu dan neneknya selepas ini.

Meninjau ke ruangan Instagram, Nadia Brian menerusi hantaran terbaru meluahkan syukur akhirnya konflik selesai setelah beberapa lama digantung tidak bertali.

Nadia memohon mana-mana pihak supaya tidak lagi mengaitkan diri dan keluarganya dengan pihak di sebelah ‘sana’. Pelakon ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini juga memohon soalan berkaitan penceraian tidak diajukan lagi selepas ini.

Di ruangan komen, peminat memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat pelakon cantik ini.

0 views0 comments