• Jonathan Shiek

MY Rap Radar Membawa Anda ‘Intai’ Dunia Sebenar Hip Hop Tempatan

Hasil kerjasama dengan penerbit lagu hip hop yang terkenal, Karmal, Sony Music Malaysia telah melancarkan My Rap Radar – platform digital baru yang berkongsi pemandangan hip-hop Malaysia yang kian berkembang.

Menggunakan saluran YouTube, My Rap Radar berdedikasi untuk menghasilkan kandungan yang asli dan tidak pernah dilakukan sebelum ini dengan harapan dapat mencari suara baru, menjalin kerjasama dan memperluaskan lagi senario hip-hop di Malaysia.

Pelancaran rasmi saluran My Rap Radar ini bakal memperkenalkan dua siri video yang akan berjalan serentak: MY Beats dan Rep.

Masing-masing merangkumi 10 episod, setiap episod My Beats mencabar produser untuk membuat beats secara spontan.

Episod Rep pula akan mendokumentasikan proses penulisan lagu dan rakaman kru rap ketika mereka berusaha untuk membuat sebuah lagu yang menggunakan rentak yang disediakan.

Siri ini dirakam sepenuhnya di sebuah pangsapuri sederhana untuk memberikan perasaan “home studio”, dan juga akan meberikan ‘vibes’ seperti sebuah rancangan realiti!

Episod pertama sudah pun dilancarkan ya,

Jom layan!


#myrapradar

1 view0 comments