• Jonathan Shiek

Musim Bunga ‘Sakura’ Kini Bertandang Ke Kuala Lumpur

Bunga-bunga berwarna merah jambu itu memenuhi ibu kota antaranya di Jalan Sentul menghala ke Batu Caves dan susur keluar Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Musim bunga kat Malaysia sekarang ni. Lokasi di Masjid Tanah Melaka. Dah macam bunga sakura. Cantik wei! Kat Alor Setar sekarang pun sama gak. Tak sempat nak tangkap gambarnya. Haha Btw, gambar ni saya perolehi dari fb Nana Fadzil. Cuba korg share kat tempat korang pulak. pic.twitter.com/mainNUWf1F — Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) March 25, 2021

Bagi yang tidak tahu, pokok tekoma mula mekar dengan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu putih sejak minggu lepas.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar pemandangan yang jarang-jarang berlaku itu.

Lagenda height,sungai Petani pic.twitter.com/GSjDp8uGoo — Mann (@muhd_nul) March 25, 2021

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Hortikultur Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sakinah Idris berkata lazimnya bunga yang sering dijadikan hiasan landskap tersebut akan mula mekar selepas musim kemarau yang disusuli musim hujan.

“Biasanya bunga ini akan mekar dua kali setahun iaitu sekitar hujung Mac hingga awal April dan hujung Ogos sehingga awal September, namun ia bergantung pada tempoh musim panas dan hujan,” katanya,

Sakinah yang pernah membuat kajian berkaitan tumbuhan berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan itu turut senada dengan pandangan masyarakat untuk memanfaatkan keindahan musim tersebut sebagai produk pelancongan.

“Kalau di negeri utara seperti Kedah memang suasananya lagi cantik memandangkan cuaca kemarau yang lebih nyata dan lama, tapi di negeri lain seperti Kuala Lumpur juga kalau boleh diperbanyakkan bagi menarik minat pelancong,” katanya.

Sumber: Astro AWANI

0 views0 comments