• Syaziyah Md Sharif

Murid Darjah Lima dari Serian Memenangi Anugerah Filem Antarabangsa

Updated: Sep 21, 2021

Filem animasi pendek, Batuh Bijanji oleh Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfakat Mohd Zulfadhli memenangi anugerah Best Film by Popular Jury di Festival de Cinema de Alvorada (Fecea), Brazil baru-baru ini.

Credit: Utusan Borneo


Kemenangan yang sangat membanggakan itu diraih oleh kedua pelajar berusia 11 tahun itu menerusi kategori sekolah rendah 

Filem animasi yang berdurasi 34 saat itu turut tercalon dalam kategori Animasi Terbaik bagi peringkat sekolah rendah, menurut portal Utusan Borneo. 

Credit: Suara Sarawak


Batu Bijanji yang bermaksud batu perjanjian dalam Bahasa Bidayuh Serian, mengisahkan cerita antara dua sahabat. 

Karya ini juga diberikan sedikit sentuhan daripada guru mereka Zulfadli Ad-Dinnie Wan Azmi, Mohd Reduan Patah dan syarikat produksi Wan Zulfadli, D-Mulsion. 

Sokongan juga diberikan oleh Kelab Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Sekolah Kebangsaan (SK) Temong, Serian, yang juga dipantau penolong kanan kokurikulum Stanley Ngawah dan diluluskan guru besar Cleveland Raden.

Penganugerahan yang megah itu disampaikan melalui Google Meet.

0 views0 comments