• shafika9

Mulai 1 Januari 2021 Dikuatkuasakan Tiada Lagi Penggunaan Skuter Elektrik Di Atas Jalan Raya

Updated: Sep 24, 2021

Bermula 1 Januari tahun depan, skuter elektrik akan dilarang sama sekali bagi penggunaan di atas jalan raya mahupun di kawasan selain yang digazetkan di ibu negara. Tindakan ini akan dikenakan undang-undang mengikut di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang boleh dikenakan pada individu yang mengingkari arahan tersebut.

Mengikut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata “penggunaan skuter elektrik hanya dibenarkan di kawasan seperti taman-taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah tapi bukan di atas jalan raya.” Tambahnya lagi “ini menyebabkan boleh berlaku kemalangan ataupun mengganggu pengguna jalan raya yang lain di kawasan ibu negara”. 


Sumber: Sinar Harian

Zulkefly juga berkata “individu yang ingkar arahan berkenaan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM 300 dan bagi kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM 1000 atau dipenjara tiga bulan” ujarnya lagi. Pihaknya menerima banyak aduan dari orang awam mengenai tindakan penunggang skuter elektrik yang menunggang di atas jalan raya. 

Sekiranya, penunggang skuter elektrik ingin menggunakan di atas jalan raya juga, mestilah mendapatkan lesen kebenaran khas daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Bagaimana pendapat korang? Adakah korang juga pernah menunggang skuter elektrik di atas jalan raya terutama di kawasan KL? Berikan pandangan korang terhadap undang-undang baru ini, di ruangan komen dibawah ye

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

#skuterelektrik

0 views0 comments