• Jonathan Shiek

Muka Terlalu Mirip Seperti ‘Brad Pitt’, Kini Kerap Diganggu oleh Wanita Yang Obses Dengannya

Seorang lelaki yang seakan-akan dengan wajah artis dari Hollywood, Brad Pitt mengakui sukar untuk bertemu cinta kerana memiliki paras rupa yang tampan. Nathan Meads, 35 tahun berkata disebabkan rupanya yang begitu mirip dengan bekas suami Angelina Jolie itu, dia banyak menerima tawaran iklan tapi masih belum menemui cinta sejati.

Nathan yang kini tinggal di Oxford dan bekerja sebagai buruh pembinaan memberitahu dia mencari rezeki dengan menjadi ‘peniru Brad Pitt’ sebagai kerjaya sambilan. Bapa kepada dua anak ini, telah melakukan kerjaya sambilan itu sejak tiga tahun lalu selepas banyak memberitahu wajahnya begitu mirip dengan Pitt.

Hasil dari kerjaya tersebut, Nathan kini mula dikenali ramai dan kehidupannya terus berubah. “Orang ramai memberitahu, wajah saya mirip dengan Pitt ketika usianya 20 tahun, namun saya cuma mengganggap hanya satu gurauan saja. Kemudian, saya menghantar gambar saya kepada beberapa agensi permodelan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan saya,” katanya. 

Tapi Nathan merasakan keadaan mula tidak selesa apabila segelintir golongan wanita yang obses dengan pelakon Hollywood itu, mula mengganggu dirinya. Seperti kerap dihubungi nombor yang tak dikenali, malah panggilan video untuk melihat sama ada dia lelaki sebenar atau sebaliknya.

Kini Nathan fokus untuk membesarkan anak-anaknya dan tidak mahu berkahwin lagi. Dia juga masih lagi meneruskan pekerjaannya sebagai pekerja buruh binaan walaupun dia telah dikenali oleh orang ramai sekarang.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments