• Jonathan Shiek

MSG Sebenarnya Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Kesihatan!

Selama beberapa tahun, kita sering diajar bahawa Monosodium glutamate (MSG) adalah penambah perasa makanan yang tidak sihat dan memudaratkan.

Ternyata ianya adalah sesuatu yang tidak benar! Perkongsian melalui Twitter @/helehamdan ini juga berkongsi mitos mengenai MSG dari perspektif seorang pakar diet.

Listen to Uncle Roger kids!! MSG is life 💯 pic.twitter.com/AfGJpvvH42 — helen hamdan (@helenhamdan) January 31, 2021

Pada tahun 1968, seorang doktor menghantar sepucuk surat kepada New England Journal of Medicine. Di dalamnya, dia menggambarkan gejala seperti loya dan tekanan dada yang didakwanya berasal dari makanan Cina yang dimakannya. Baginya, punca itu simptom itu adalah MSG.

Beberapa tahun berikutnya, MSG diperkatakan mempunyai bahan merbahaya yang boleh mengganggu kesihatan.

Kini, terdapat pelbagai kajian berkenaan perasa makanan itu. Malah, ianya berasal dari asid amino yang berlaku secara semula jadi di dalam badan kita.

Asid amino adalah sebatian organik yang penting untuk fungsi tubuh. Bahan ini juga terdapat secara semula jadi dalam kebanyakan makanan seperti keju, tomato dan cendawan.

#ajinomoto #msg

0 views0 comments