• Jonathan Shiek

Motorsikal Terbang Pertama Di Dunia Bakal Dipasarkan Pada Tahun 2023

Filem sci-fi futuristik mungkin lebih dekat daripada yang kita sangka berikutan kejayaan pandu uji motorsikal terbang terbaru yang diharapkan dapat dilancarkan kepada umum menjelang 2023.

Jetpack Aviation, yang terkenal dengan pembuatan kenderaan dan barangan futuristik, mengatakan bahawa prototaip motosikal terbang mereka berjaya dalam peringkat percubaan.

Syarikat California tersebut berharap dapat menghasilkan dua versi pengguna yang dapat dibeli dan didorong oleh kegunaan harian.

Kenderaan yang dikenali sebagai The Speeder itu, merupakan motorsikal futuristik yang dibina dengan program perisian kawalan penerbangan unik Jetpack Aviation untuk membantu memantau dan menyesuaikan daya tarikan semasa dalam perjalanan.

Perisian yang memerlukan masa setahun setengah tahun untuk dihasilkan itu membolehkan motosikal terbang damn secara automatik menstabilkan kenderaan itu di udara..

“Kami mungkin akan menghasilkan motosikal jenis ultra ringan yang tidak memerlukan lesen juruterbang untuk dikendalikan.

“Ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan versi kategori profesional dalam tempoh enam bulan selepas itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jetpack Aviation, David Mayman.

Jetpack Aviation telah menetapkan harga awal The Speeder pada AS$381,000 (RM1.6 juta) dan telah mula mengambil pesanan awal daripada pembeli berminat.

Sumber: Daily Star

0 views0 comments