• Syaziyah Md Sharif

Money Heist Versi Korea Selatan Bakal Temui Peminat Tahun Hadapan

Agak-agak lagi best dari versi asal tak?

Money Heist merupakan siri berbahasa Sepanyol dari Netflix yang mencipta fenomena luar biasa di seluruh dunia dan siri tersebut dikhabarkan bakal tampil dengan versi Korea Selatan bermula tahun depan.


Berita itu diumumkan pelakon Park Hae-soo yang akan membawakan watak Berlin dalam Money Heist versi Korea Selatan itu.


"Kami tidak sabar ingin mempersembahkan untuk anda Money Heist versi Korea pada 2022," kata Hae-soo dalam satu hantaran video.


Menurut Hae-soo, dia ingin berterima kasih kepada pelakon Pedro Alonso yang sudi mengirimkan topeng istimewa yang juga menjadi ciri khas geng perompak dalam siri terbabit.


Pedro adalah pelakon asal yang membawa watak sebagai Berlin dalam siri original dari Sepanyol berjudul La Casa de Papel itu.


Hae-soo berkata, Money Heist versi Korea Selatan juga akan mempunyai topeng khas mereka dan dia bakal mengirimkan kepada Pedro.


"Sebaik siri ini ditayangkan awal tahun depan, saya akan menghadiahkan satu untuk Pedro," katanya. Dalam pada itu, Hae-soo mengaku teruja apabila diberi peluang untuk terbabit dalam siri terbabit.


"Saya harap Money Heist versi Korea akan mendapatkan cinta dan sokongan anda semua," katanya.


Menarik!


13 views0 comments