• Jonathan Shiek

Momota Tersingkir Pada Peringkat Kumpulan Di Bumi Sendiri

Pemain badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota tewas di pusingan pertama pada peringkat kumpulan di Tokyo 2020, pada malam semalam. Malah, sehari selepas bintang tenis ternama dari Jepun juga iaitu Naomi Osaka turut tewas.

Lebih malang lagi, Momota dikalahkan oleh pemain pada ranking ke-38 dunia dari Korea Selatan, Heo Kwang Hee selepas tewas straight-set permainan 15-21,19-21 dalam tempoh 52 minit di Musashino Forest Plaza sebentar tadi.

Kekalahannya ini, memberikan kejutan terbesar buat negara tuan rumah, malah rakyat Jepun sendiri yang menyaksikan perlawanan tersebut. Sebaliknya, Kwang Hee berjaya mara ke peringkat suku akhir dan menanti pemenang antara pemain Guatemala, Kevin Cordon dan Mark Caljouw dari Belanda pada peringkat kalah mati hari ini.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments