• shafika9

Mohamad Puzi Akan Mulakan Cabaran Pada Malam Ini

Mari kita sama-sama rakyat Malaysia memberikan semangat buat ‘Dek Wan’

Kredit foto: Astro Awani


Perjuangan buat atlet olahraga, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi untuk mempertahankan pingat emas yang pernah dimenanginya di Rio 2016 bakal bermula pada malam hari ini. Siapa saja yang tidak sabar untuk melihat ‘Dek Wan’ untuk beraksi pada hari ini bukan. ‘Dek Wan’ merupakan panggilan mesranya, ia dijadual berdepan dengan pesaing hebat seperti Yang Yifei dari China.


Ini merupakan kempen kedua buat Dek Wan di pentas Paralimpik menerusi saringan kedua acara 100m T36 (kecacatan fizikal) dan bakal bermula pukul 8.33 malam (7.33 malam waktu Malaysia) di Stadium Olimpik. Pelari dari Malaysia ini yang mengalami cerebral palsy itu tidak boleh memandang mudah pada cabaran atlet dari negara lain yang pastinya akan memberikan saingan sengit buat kategori ini.


Mohamad Ridzuan mencipta sejarah buat negara Malaysia apabila menyumbang pingat emas pertama dalam Sukan Paralimpik, menerusi acara 100m T36 lelaki di Rio 2016 dan mencatat masa 12.07 saat. Dimana ia dapat mengalahkan rekod Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyyk dari Ukraine iaitu 12.25s, di Beijing 2008.


Sumber artikel asal Berita Harian


4 views0 comments