• Syaziyah Md Sharif

Model Tidak Diundang Ke Majlis Perkahwinan Kawan Baik Kerana Terlalu Cantik

Malah, gaun yang dipakai itu merupakan pilihan kawan baiknya itu

Kredit Foto: Instagram @alenayildiz

Rasa kurang yakin atau 'insecure' bukan sahaja sesuatu yang boleh memakan diri, malah ia juga boleh memutuskan hubunga persahabatan!


Itulah yang terjadi kepada model yang berpangkalan di Jerman ini apabila dia tidak diundang ke majlis perkahwinan rakan baiknya sendiri!


Sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh Alena Yildiz, menjadi viral baru-baru ini bukan kerana kecantikannya tetapi kerana netizen terkejut dengan perbuatan rakan baiknya itu.

Menjadi sebuah perkara biasa bagi pengantin perempuan untuk memilih pakaian pengiring pengantinnya untuk majlis perkahwinan dan pastinya pengantin perempuan mahu kelihatan paling cantik di majlis mereka.


Walau bagaimanapun, dalam kes Alena, pakaiannya telah dipilih oleh pengantin perempuan sendiri, dan pengantin perempuan masih tidak berpuas hati, perkara itu terjadi selepas pengantin tersebut melihat gambar Alena mencuba gaun berlabuci biru itu.


Model Turki berusia 21 tahun itu menyatakan dalam video TikTok, "Rakan rapat saya tidak menjemput saya ke majlis perkahwinannya kerana dia fikir saya kelihatan terlalu cantik dalam pakaian yang DIA pilih untuk saya."


Walaupun dalam ruangan komen ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Alena, tetapi ramai juga yang merasakan itu adalah hak pengantin perempuan itu untuk menjemput sesiapa pun ke majlis perkahwinannya.


Apa pendapat korang pula?




Sumber: TikTok

4,434 views0 comments