• Jonathan Shiek

MK K-Clique Sertai Tabligh, Tanggalkan Rantai Dan Gelang Emas

Penyanyi rap terkenal Malaysia, MK dari kumpulan K-Clique baru-baru ini dilihat memakai pakaian serba putih dan dilihat juga beliau tidak memakai gelang dan rantai emas.

Baru-baru ini MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menjadi perhatian apabila tular di media sosial penampilannya yang bersih tanpa gelang dan rantai emas ketika mengikuti kelas bersama jemaah tabligh.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, MK dilihat bahagia dan gembira dalam program selama tiga hari itu;



Guys MK pun keluar 3 hari guys … Masyallah , budak-budak muda Sabah ni kalau kena tasykil mudah insyallah …… Posted by Farith Zul on Friday, March 5, 2021

Menerusi foto-foto itu, MK dilihat bersama beberapa rakan termasuk pelakon Mas Khan. Menurut pengurusnya, MK berkampung di Jerantut, Pahang selama tiga hari bagi mendalami ilmu agama.

“Dia sendiri yang nak sertai kelas agama itu. Sepanjang tempoh tiga hati itu dia mengikuti pengajian asas agama termasuklah buat akviti sunnah seperti menunggang kuda dan makan dalam dulang beramai-ramai.

“Kalau tengok foto dikongsikan, dia nampak seronok. Dia juga tanggal gelang dan rantai semua. Beberapa hari ini dia tak aktif di media sosial nak fokus dengan kelas. Alhamdulillah, benda baik kita sokong, apa yang penting niat dia untuk berubah,” katanya kepada mStar.

Semoga terus istiqomah MK!

0 views0 comments