• Jonathan Shiek

Mizz Nina Dan Selebriti Lain Berjaya Kumpul RM 17.9 Juta Untuk Tabung Palestin

Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan dikhabarkan berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta hasil sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.

Mizz Nina yang juga pendakwah dan ikon kemanusiaan berkongsi  perkhabaran gembira itu melalui Instagram.

Beliau tidak menyangka sokongan luar biasa orang ramai dan beliau juga turut memanjatkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua yang telah membuat sumbangan.


View this post on Instagram

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina)


Dalam masa yang sama, Mizz Nina memaklumkan hasil sumbangan itu akan digunakan secara berperingkat untuk disalurkan kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.

MAD menggabungkan 20 NGO antaranya Cinta Gaza Malaysia, Global Peace Mission Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Iman Care.

Antara selebriti yang turut serta dalam kempen derma itu adalah Heliza Helmi, Faizal Tahir, Noh Saleh, PU Rahmat, Fedtri Yahya dan Natasha Hudson.

0 views0 comments