• Syaziyah Md Sharif

Mira Filzah Tercalon Dalam 100 Wanita Tercantik Antarabangsa

Updated: Sep 24, 2021

Pelakon dan pengacara terkenal Malaysia, Mira Filzah dicalonkan sebagai antara 100 wanita tercantik antarabangsa.

Senarai ini dikerluarkan oleh media antarabangsa TC Candler.


View this post on Instagram

A post shared by TC Candler (@tccandler)

Menariknya, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan antara figura bertudung yang menerima pencalonan tersebut.

Seorang lagi selebriti bertudung yang menerima pencalonan merupakan selebriti media sosial kelahiran Magribi bernama Ihssane Benalluch.

Nama-nama terkenal lain yang turut berada di dalam senarai tersebut adalah Billie Eilish, Millie Bobby Brown, Kerry Washington dan Bella Hadid.

Pengumuman tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi TC Candler dan menerima lebih 15 ribu tanda like yang rata-rata memberi sokongan buat selebriti kelahiran Malaysia itu.

Tahniah!

0 views0 comments