• Jonathan Shiek

Minyak Masak Sebanyak 20,000 Liter Tumpah

Kejadian yang berlaku sebuah Plaza Tol Juru arah utara pada Selasa lalu, akibat 20,000 liter minyak masak tumpah selepas lori tangki membawa muatan dan mengalami kebocoran kerana terlanggar tiang di tol berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah hari dan pihak bomba dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemandu lori tangki berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi rawatan lanjut. Manakala, Pasukan Bomba bersama pihak PLUS Response Team menjalankan pembersihan di kawasan berkenaan akibat tumpahan minyak dan menghentikan kebocoran pada tangki berkenaan” katanya.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

1 view0 comments