• Syaziyah Md Sharif

Minum Kopi, Teh Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk

Data menunjukkan risiko sebanyak 20% lebih rendah jika mengamalkan minuman tersebut

Minum kopi atau teh boleh mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat strok dan nyanyuk (dementia).


Satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal PLOS Medicine mendapati minum kopi juga dikaitkan dengan risiko demensia yang lebih rendah, atau kehilangan ingatan dan penurunan fungsi kognitif, selepas strok, kata para penyelidik.


Individu yang meminum dua hingga tiga cawan kopi atau tiga hingga lima cawan teh sehari adalah 20 peratus kurang berisiko untuk terkena serangan strok atau menjadi nyanyuk berbanding mereka yang tidak meminum kedua-dua jenis minuman itu.


Pengambilan kopi sahaja atau dicampurkan dengan teh turut dikaitkan dengan risiko selepas strok yang rendah atau gejala nyanyuk yang berlaku selepas strok sehingga 40 peratus.


“Kajian kami mendapati bahawa pengambilan kopi dan teh yang sederhana dikaitkan dengan kurang berisiko untuk terkena serangan strok dan nyanyuk,” demikian kenyataan ditulis sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin di China.


Penyelidik menambah, pengambilan kedua-dua minuman itu mungkin mempunyai manfaat kesihatan bersama bagi mencegah strok dan nyanyuk.




Sumber: United Press International

4 views0 comments