• shafika9

Michelle Yeoh Bakal Membintangi Filem Terbaru Dari Marvel “Shang-Chi”

Updated: Sep 21, 2021

Siapa yang tak mengenali Datuk Michelle Yeoh bukan? Antara ikon kebanggaan buat negara Malaysia yang selalu membintangi filem-filem terkemuka di Hollywood. Bintang dari kelahiran Ipoh ini, memberikan berita gembira buat para peminat Marvel terutamanya, bahawa beliau secara rasmi akan memegang sebahagian watak di dalam filem adi wira terbaru iaitu Shang-Chi.


View this post on Instagram

A post shared by Michelle Yeoh 楊紫瓊 (@michelleyeoh_official)


Katanya, di laman Instagram beliau “Terima kasih pada pihak Marvel, penerbit, para pelakon dan kru yang terlibat untuk memastikan kami selamat dalam situasi yang sukar ini.” Tambahnya lagi, “Ini adalah perjalanan istimewa buat saya, dan tak sabar untuk berjumpa dengan kalian semua, semoga jaga diri dan kekal sihat” ujarnya. Michelle akan memegang sebagai watak Jiang Nan pada filem ini. Filem ini juga, bakal dijangka tayangan pada 9 Julai 2021. 

Pada yang korang mungkin kurang tahu filem terbaru ini, mari saya berikan sinopsis pendek untuk memahami jalan cerita ini. Filem ini mengisahkan seorang pelatih bagi mempertahankan diri yang hebat. Shang-Chi terpaksa berdepan dengan kisah silamnya yang tak boleh dilupakan dan kembali terperangkap dalam taktik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Teng Rings. 

Bagaimana korang suka tak Datuk Michelle Yeoh akan berlakon dalam filem terbaru “Shang-Chi”? Berikan pandangan dan pendapat korang di ruangan komen bawah.  

Sumber artikel asal dari Astro Awani

#michelleyeoh #shangchi

1 view0 comments