• Jonathan Shiek

Mia Sara Shauki Rasa Sedih Atas Nasib Penggiat Filem Di Malaysia

Mia Sara Shauki menzahirkan rasa sedih kerana beliau merasakan terdapat terlalu banyak peraturan yang menjadikan penggiat seni filem tanahair tidak dapat berkarya dengan lebih baik.

Beliau juga baru sahaja menapak di dalam industri filem ini tetapi sudah nampak terlalu banyak ketidak adilan dalam industri tersebut.


View this post on Instagram


A post shared by Mia Sara Shauki (@miasarash)

Mia Sara juga merupakan anak kepada pengarah dan perlakon terkenal Dato Afdlin Shauki dan itu menjadikan hujahnya lebih relevan kerana bapanya merupakan individu yang bergantung seratus peratus kepada industri ini.

“Sebagai pemimpin industri, anda adalah untuk rakyat. Anda perlu membuka jalan bagi orang muda kreatif yang bercita-cita tinggi untuk berkembang, dan membiarkan atau mempengaruhi mereka yang lebih veteran dan mendorong apa yang dapat mereka lakukan dengan seni mereka.” Katanya dalam posting tersebut.

Mia Sara berharap masalah ini diselesaikan dengan segera.

Stay strong ya penggiat seni semua!

#afdlinshauki #miasarashauki

0 views0 comments