• Syaziyah Md Sharif

Merdeka 118 Sah Menjadi Menara Kedua Tertinggi Di Dunia

Menara tersebut juga menjadi menara tertinggi di Asia Tenggara

Menara Merdeka 118 kini diiktiraf sebagai menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, ia juga menjadi menara tertinggi di Malaysia serta Asia Tenggara.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inspirasi untuk menamakan bangunan ini sebagai Merdeka 118 kerana ia dibina di kawasan bersejarah iaitu antara Stadium Merdeka dan Stadium Negara, manakala 118 pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan iaitu 118 tingkat.


Katanya, reka bentuk menara yang tersergam teguh ini sebenarnya mencerminkan imej Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan ‘Merdeka’, 64 tahun yang lalu.


Beliau berkata, pembinaan Merdeka 118 dengan ketinggian 678.9 meter bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia kerana presint ini akan menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur.


Katanya, pembangunan Merdeka 118 juga dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan yang berdekatan seperti Petaling Street, Kampung Attap serta Pudu untuk menjana ekonomi.



Sumber: Kosmo!

11 views0 comments