• shafika9

Mercedes Memperkenalkan Kereta Yang Boleh Menggunakan Kawalan Minda

Makin lama, makin canggih betul teknologi sehingga boleh guna kawalan minda pulak tu!

Kredit foto: The Economic Times


Tidak dapat dinafikan lagi, zaman dan peredaran teknologi yang semakin cepat berubah dan berkembang dengan lebih maju. Maka, tidak peliklah kereta dimasa akan datang boleh menggunakan kawalan minda untuk bergerak bukan ?. Begitu juga dengan kereta Mercedes-Benz ini ia merupakan prototaip kereta berteknologi tinggi yang mampu dikawal menggunakan minda.


Model Mercedes Vision AVTR adalah sebuah kereta sains fiksyen masa hadapan yang menggunakan kuasa elektrik dan dikawal melalui otak pemandu. Mercedes mempamerkan kereta itu di IAA Mobility di Jerman sepanjang minggu ini meskipun ia masih di peringkat permulaan atau konsep sahaja. Manakala, bagi rekaan kereta ini sangat canggih dan nampak futuristik. Paling penting sekali kereta ini memberikan tumpuan untuk pamerkan Brain Computer Interface atau BCI.

Meskipun, ia boleh dikawal menggunakan minda pemandu, ia tidak bermakna otak anda yang akan memandu kereta itu sepenuhnya. Pemandu akan dapat menggunakan teknologi BCI untuk mengawal perkara asas yang tidak melibatkan pemanduan langsung. Seperti menukar stesen radio atau memilih warna pencahayaan di dalam kereta itu.


“Teknologi BCI mampu memberikan ruang revolusi untuk berinteraksi intuitif manusia dengan kenderaan,” kata Eksekutif Perniagaan Mercedes-Benz, Britta Seeger.


Sumber artikel asal dari Kosmo!



10 views0 comments