• Syaziyah Md Sharif

Menurut Kajian, Pelaburan Dalam Permainan 'Lego' Lebih Menguntungkan Berbanding Emas

Kajian itu dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Fakulti Ekonomi Tinggi (HSE) di Moscow, Rusia


Gambar Hiasan

Ramai orang sentiasa mencari pilihan pelaburan yang berbaloi, ada antara kita yang melabur dalam saham dan ada juga yang mendapati emas lebih menguntungkan.


Walau bagaimanapun, terdapat kajian baru dimana membeli set Lego dan jadikannya sebagai satu bentuk pelaburan sebenarnya boleh jadi lebih menguntungkan.


Para penyelidik di Universiti Fakulti Ekonomi Tinggi (HSE) di Moscow, Rusia yang menjalankan kajian itu, mendapati bahawa kemungkinan untuk mendapat keuntungan lebih tinggi jika anda melabur dalam barangan luar biasa yang pembeliannya mungkin kelihatan 'kurang serius' seperti set Lego, anak patung Barbie dan sebagainya


Victoria Dobrynskaya, profesor bersekutu, sains ekonomi, Universiti HSE, berkata, "Kita terbiasa berfikir bahawa orang ramai membeli barangan seperti barang kemas, barangan antik atau karya seni sebagai pelaburan."


Kajian sama turut mendapati bahawa aktiviti jualan dan pembelian bagi pasaran Lego sebenarnya telah pun berlaku dan ia merupakan sebuah pasaran besar yang tidak diketahui oleh pelabur biasa.


“Faktor-faktor seperti pengeluaran produk yang terhad, set edisi terhad dan kekurangan produk tersebut di pasaran menyebabkan harganya melonjak setiap tahun.


“Nilai purata pulangan bagi set Lego berkemungkinan boleh mencecah sekitar 10 hingga 11 peratus setahun, melebihi kadar pulangan saham, bon atau emas,” kata kajian tersebut.


Bagaimanapun, sebuah set Lego hanya mempunyai nilai sekiranya ia telah disimpan selama lebih tiga tahun.




Sumber: wionews

11 views0 comments