• shafika9

Mengaku Diri Sebagai Nabi, Wanita Ini Dihukum Mati

Jangan pula ada yang mengaku diri sendiri itu seorang Nabi

Kredit foto: Independent


Mahkamah di Pakistan telah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang pengetua sekolah yang mengaku dirinya seorang nabi. Hukuman tersebut dikenakan atas pertuduhan pendustaan terhadap agama. Wanita itu bernama Salma Tanveer turut didenda sebanyak 50,000 rupee. Salma menghadapi pertuduhan kerana menerbitkan salinan dari tulisannya yang cuba menyangkal Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir.


Kini polis Lahore memberkas Salma selepas laporan oleh seorang ulama tempatan pada 2013. Hakim Mansoor Ahmad Qureshi berkata, wanita itu terbukti telah menerbitkan tulisan penghinaan terhadap junjungan besar Baginda S.A.W. Bukan setakat itu sahaja, malah terdapat 1,472 individu yang didakwa di bawah undang-undang penistaan agama sejak 1987 di negara tersebut.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


8 views0 comments