• Jonathan Shiek

Membelanjakan Sebanyak RM 57,995 Hanya Untuk Jadi Macam Ken

Sekiranya korang diberikan wang yang banyak, adakah korang akan menggunakan wang tersebut dengan membelanjakan perkara yang korang suka ? Sekiranya ya, maka sama seperti jejaka dari Amerika Syarikat  ini.

Jimmy Fetherstone, 22 tahun yang terlalu obses untuk menjalani pembedahan plastik pada bibir, memasukkan implan pipi serta melakukan rawatan venir gigi hanya kerana ingin memiliki wajah seiras dengan Ken, karakter teman lelaki kepada patung mainan Barbie.

Jimmy telah menghabiskan hampir AS$14,000 bersamaan RM 57,995 untuk tampil sama seperti patung mainan yang diidolakannya. Menurut Jimmy, “Saya mahu menjadi seperti Ken kerana dia sangat luar biasa,” katanya.

Dia telah berhenti sekolah pada usianya 16 tahun dan membuat pelbagai pekerjaan pada usianya untuk menyimpan wang bagi membiayai prosedur kosmetik dan pelbagai prosedur rawatan.

Selain dari itu, dia juga menghabiskan lebih AS$ 400 bersamaan RM 1,667 untuk rawatan bibir dan pipinya. Bukan setakat itu sahaja, hampir setiap minggu juga dia akan membuat rawatan rambut di salun untuk mengekalkan gaya rambut berwarna perangnya itu.

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments