• Syaziyah Md Sharif

Melaka, Kedah, Selangor Antara Negeri Yang Terjejas Disebabkan Hujan Lebat

Terdapat juga banjir di beberapa tempat

Gambar Hiasan

Kerana hujan lebat semalam, terdapat beberapa tempat dilanda banjir, antara tempat yang terjejas termasuklah negeri-negeri di Pantai Barat, Kedah dan Melaka.


Antara yang paling teruk terjejas adalah di sekitar Melaka dimana Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka bagi memindahkan penduduk yang terjejas, seramai 590 penduduk Melaka dipindahkan ke PPS sejak petang semalam.


Di Kedah pula, kejadian kepala air di Yan terjadi lagi. Kejadian pada jam 5.45 petang Rabu itu mengakibatkan seorang pemandu jengkaut terperangkap setelah air deras turun dari bukit berdekatan Pusat Rekreasi Batu Hampar. Tiga buah PPS juga dibuka di situ.


Di Selangor, tiga kawasan di daerah Klang, ditenggelami air selepas hujan berterusan bermula sekitar pukul 3 petang semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata setakat 6.30 petang tadi kawasan yang dilanda banjir kilat adalah berhampiran Jusco Bukit Raja di Persiaran Bukit Raja 2; Lorong Emas 2 Taman Melawis dan sekitar Jalan 3 Off, Jalan Mohd Yamin, di Klang.




Sumber: Astro AWANI




11 views0 comments