• Syaziyah Md Sharif

Melaka Bakal Dapat Pelaburan RM 1b Untuk Pembuatan Kereta Elektrik Pertama Negara

Kilang pembuatan itu juga bakal memberi lebih 5000 peluang pekerjaan

Kredit Foto: Lowyat.net

Melaka dijangka menerima pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh syarikat Bumiputera, Fieldman EV Sdn Bhd untuk membangunkan kilang pemasangan kereta elektrik pertama negara.


Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata loji itu akan dibina di atas tanah seluas 200 hektar di Kawasan Perindustrian Elkay Lipat Kajang di Jasin.


Beliau berkata syarikat itu juga memperoleh hak eksklusif untuk mengedarkan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dan pasaran serantau Asia Tenggara bagi kenderaan pacuan kanan (right hand drive) daripada syarikat automotif China, Changan Automobile Corp.


“Kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama ini yang akan memberi manfaat jangka panjang dengan memperkasakan lagi pembangunan industri automotif di Melaka,” katanya.


Sebelum ini, pengarah eksekutif Fieldman EV Razmi Shah Othman menyerahkan sebuah kereta elektrik dan beca elektrik kepada kerajaan negeri.


Sulaiman berkata kilang itu juga akan menyediakan 5,000 peluang pekerjaan baharu serta mewujudkan industri pembuatan dalam kalangan industri automotif tempatan dan beliau juga percaya kilang itu akan membolehkan pemindahan teknologi EV yang dijangka meningkatkan lagi ekonomi Melaka.





Sumber: Malay Mail



13 views0 comments