• Jonathan Shiek

Media Indonesia Dedah Laudya Cynthia Bella Pernah Naik Belon Dengan Engku Emran

Perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran masih lagi hangat diperkatakan ramai, malah turut menjadi bualan ramai di negara seberang, Indonesia.

Sebuah agensi media Indonesia, Surya Citra Media melaporkan Emran dikatakan mungkin pernah menaiki belon udara panas tersebut bersama bekas isterinya, pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.


Selain itu, media itu turut mengatakan Emran dan Laudya dilihat mengikuti akaun @/myballoonadventure di Instagram yang menawarkan perkhidmatan belon udara panas berkenaan.

Perkongsian dari media Indonesia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengucapkan tahniah, malah ada yang mengecam Engku Emran yang sering gagal melalui alam rumah tangga.

Harapnya kali ini, kedua-dua pasangan ini terus bahagia ya!

#engkuemran #laudyacynthiabella #noornabila

0 views0 comments