• Syaziyah Md Sharif

McDonald's Jepun Hanya Jual Kentang Goreng Saiz Kecil

Ia kerana kekurangan bekalan kentang akibat cuaca buruk di situ


McDonald's di Jepun kini hanya menjual kentang goreng bersaiz kecil dan ia dianggarkan akan berterusan sehingga bulan depan menurut syarikat itu makanan segera itu, ia berpunca daripada kekurangan kentang dan kelewatan mengimport kerana cuaca.


“Mengenai kentang yang diimport dari Amerika Utara, terdapat kelewatan dalam import akibat kesan banjir besar berhampiran pelabuhan Vancouver, Kanada, yang merupakan tempat transit perkhidmatan perkapalan, dan gangguan kepada rangkaian pengedaran global akibat bencana Corona," dalam sebuah kenyataan daripada McDonald's Jepun.


Syarikat itu melakukan langkah mengehadkan jualan kentang goreng saiz sederhana dan besar pada minggu terakhir bulan Disember.


“Kami akan menangguhkan sementara jualan kentang goreng bersaiz M dan L mulai 9 Januari selama kira-kira sebulan dan hanya akan menjual saiz S sepanjang tempoh itu,” demikian menurut kenyataan daripada McDonald’s Japan Co. Ltd.


Banjir di wilayah British Columbia pada November tahun lalu terus menyebabkan kelewatan pada rantaian bekalan yang pada awalnya sudah terjejas disebabkan Covid-19.


Salji tebal yang melanda baru-baru ini turut menyumbang kepada kelewatan penghantaran di Pelabuhan Vancouver.





Sumber: United Press International

3 views0 comments