• Jonathan Shiek

McDonald’s Bakal Buka Cawangan Pertama Di Cameron Highland!

Restoran rantaian McDonald’s memutuskan untuk mengembangkan sayapnya lebih jauh dan akhirnya membuka cawangan di tempat pelancongan, Cameron Highland.

Sebagai pelancong, kita mungkin tidak terlalu seronok mengenai berita ini tetapi bagi orang-orang yang tinggal di sana, ini jelas merupakan peningkatan yang mereka nantikan.

Menurut laman Facebook Penang Kini, cawangan pertama itu akan dibuka di Pekan Brinchang tidak lama lagi.



Ramai yang teruja bila mendapat tahu Mcd bakal dibuka di Pekan Brinchang, Cameron Highland tak lama lagi.. 😊 Posted by Penang Kini on Tuesday, February 16, 2021

Berita ini mendapat perhatian pengguna Facebook, sesetengah mereka juga mencadangkan pihak Mekdi menggunakan bahan-bahan yang sinonim dengan Cameron Highland seperti strawberi dan teh dalam menu mereka.

Tak sabarnya!

#cameronhighland #mcdonald

0 views0 comments