• Jonathan Shiek

Mayat Tanpa Kepala Dijumpai Di Devon, Dipercayai Wanita Malaysia

Mayat seorang wanita asal Malaysia tanpa kepala ditemui di sebuah kawasan hutan di pinggir bandar Devon selepas mangsa dilaporkan hilang sejak 11 Jun lepas, lapor akhbar Evening Standard semalam.

Mee Kuen Chong, 67, yang turut dikenali sebagai Deborah kali terakhir dilihat di kota raya London pada 10 Jun lalu. Dia dilaporkan hilang oleh polis Britain pada keesokan harinya.

Polis menyifatkan kematian itu sebagai ‘kematian yang tidak dapat dijelaskan’.

Pada Ahad lepas, polis dikejarkan ke sebuah kawasan hutan di pinggir Devon pada pukul 5 petang (waktu tempatan) selepas mayat Kuen Chong ditemui.

Seorang jurucakap polis berkata kelmarin, pihaknya percaya mayat itu telah berada di situ selama beberapa hari.

Polis sedang menyiasat sebarang kemungkinan berkaitan kematian Kuen Chong dan buat masa ini sedang mengumpul maklumat daripada orang awam bagi menjejaki pergerakan terakhirnya.

Pihak polis juga berkata sesiapa yang mempunyai info tentang kematian tersebut diminita tampil untuk laporan.

Sumber: Kosmo!

0 views0 comments