• shafika9

Masalah Botak Boleh Berlaku Kerana Obesiti

Saintis percaya mengambil pemakanan yang tinggi lemak akan menyebabkan masalah botak

Terdapat satu kajian bahawa pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak boleh menyebabkan masalah botak berlaku. Kajian ini dilakukan sekumpulan saintis dari Universiti Perubatan dan Pergigian Tokyo itu dilakukan keatas tikus untuk mengetahui tentang bagaimana makanan tinggi kandungan lemak terhadap individu yang mengalami masalah obesiti dapat memeberikan kesan keguguran rambut.


Hasilnya bahawa obesiti menyebabkan penipisan sel stem folikel rambut (HFSC) yang mengalami pembaharuan secara sendiri bagi membolehkan rambut untuk tumbuh. Apabila seseorang itu semakin tua, sebilangan HFSC tidak lagi mengalami pembaharuan semula dan boleh berlakunya penipisan rambut.


“Makanan yang mengandungi lemak yang tinggi mempercepatkan proses penipisan rambut dengan mengurangkan HSFC dengan mengisi semula sel-sel matang bagi pertumbuhan rambut, terutamanya bagi tikus lebih berusia,” kata Hironobu Morinaga, merupakan ketua penulis kajian tersebut.


Sumber artikel asal dari Kosmo!

8 views0 comments